12 August 2012

Kool-iah Bahasa Arab yang Kool

Baru sahaja pulang dari UiTM Puncak Alam. Bukan sahaja dapat belajar Bahasa Ekslusif Sorga, tapi dapat belajar tentang manusia juga. Siapa manusianya?


Sayalah.

Pelik. Dan kool-iah menjadi kool sebab saya dapat menambah ilmu tentang manusia. Ceritanya begini. Saya dimaklumkan bahawa bas akan mula bertolak jam lapan. Maka, saya ssseeettt (nak tunjuk betapa bersemangatnya) target untuk sampai setengah jam lebih awal.

Tujuh dua puluh pagi.

Dan panggilan pertama masuk untuk hari itu. "Anti di mana? Pergi tak?"

Maka menjadilah saya lebih terkejut daripada beruk. Saya baru keluar rumah, dan kekonon bakal menjadi manusia yang terawal tetapi bedebuk! Saya jadi yang paling lewat. "Bas dah sampai tunggu anti." Memandangkan saya mengajar orang untuk menjadi kool, maka perlulah bagi saya untuk mengkoolkan diri. "Sekejap Ustazah, saya dalam perjalanan." (Dalam hati: perjalanan ke kereta. Yalah, nak mengkoolkan orang lain)

Lepas saya bersalam dengan Ibu, terus ke bas. Yay! Sempat, memanglah orang tunggu! Maka bermulalah episod tunggu menunggu di dalam bas itu. Lagu yang ntah apa-apa. Diskleimer: saya memang muak dengar lagu bla bla bla seperti itu. Dan tiba-tiba, eh! Saya pun tak ingat macam mana saya boleh teringat yang saya tertinggal bekas pensel dalam kereta. Ohhohohohoho. Eh, subhanallah!

Oh, Ok, kool. Kool. Pencil box je. "Anti, ada pen lebih tak? Pinjam sebatang?" Tanya saya pada orang sebelah. "Ada, nah." Ohhoo, terima kasih terima kasih. setel! Maka sekali lagi, berlalulah beberapa ketika...

"[Ncik Super Saiya] ! [Ncik Super Saiya]! Ya, ya. Kenapa? Ibu telefon, memaklumkan ketertinggalan pencil box saya. Wah ! Terharu kecil. Saya beritahu Ibu, "Tak pe Ibu, tak pe. Terima kasih." 

Maka buat kali ke... errr... tiga, Allah! Duit pendaftaran dalam pencil box. Maka waktu itu pencil box itu seolah-olah meletakkan bom jangka dengan teknologi atom dalam kepala saya. Apa nak buat ni?

Saya katakan pada diri saya, tawakkal sahaja pada Allah. Dah usaha untuk letak duit dalam pencil box supaya tak lupa. Tup tap tup tap! Betullah, saya tak lupa. Kan saya ingat tu, saya tertinggal pencil box. Pendekkan ceritanya, kool-iah berakhir dengan gemilang meletop plus plus. Dan saya... kena bank-in duit dekat pihak pengurusan. Fulsetop.

IBRAHNYA: 

Betapa kita merancang, Allah juga yang menentukan. Lihat manusia, a.k.a. diri saya, ingatkan kita berada pada keadaan yang betul, tepat, siap dengan segala ssseettt nya. Tapi, tengok. Rupa-rupanya kita yang tertinggal di belakang, belakang sakali pulak tu. Haish.

Jadi sebenarnya, hidup itu sendiri satu risiko. Yang membolehkan kita memerhati dan menilai keadaan diri kita sekarang hanyalah Allah. Yang perlu ditakuti: 

 Dalam Surah az-Zukhruf, ayat 36 Tuhan menceritakan: 
“Dan barangsiapa berpaling dari mengingati ar-Rahman nescaya Kami tentukan baginya syaitan, maka jadilah ia (syaitan itu) teman yang tidak terpisah darinya (manusia). Dan mereka (syaitan) menghalang mereka (manusia) dari jalan (yang lurus) sedang mereka (manusia) menyangka mereka terpimpin”.


Kan? Eeiii, seram. Jadi, macam mana kita nak tahu kita ni benar atau tidak?

Itulah peranan ilmu dan hidayah yang sebenarnya selalu menekan loceng hati kita. Ting-tong. Ha! Tu! Dan kita kena selalu harap pertolongan Allah, untuk tunjukkan kita kebenaran dan kebatilan kerana: 

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya..."



Maka, selalulah baca doa ini. Hoi, ini siyes ni :


اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه و أرنا الباطل باطلا
و ارزقنا اجتنابه و لا تجعله ملتبسا علينا فنضل و اجعلنا للمتقين إماما
Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu adalah benar, lalu bimbinglah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang salah ltu adalah salah, dan kemudian bimbinglah kami untuk menghindarinya. Janganlah dijadikan yang benar dan salah itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang takwa.

(HR Bukhari dan Muslim)


Sekian.

Ncik Daei Super Saiya.

2 cakap-cakap belakang:

Penghuni syurga said...

banyak sungguh dugaan na mencari ilmu nie kan??

Unknown said...

Ya, betol betol betol. Menuntut ilmu pahit akarnya tapi manis buahnya. Ermmm, nak sikit?. Eh.

Post a Comment