26 August 2012

SMSMSMSMS eh


Amaran: Post ini sebagai penghargaan buat yang menghantar petikan-petikan (baca:quote-quote) awesome sempena raya yang sehari itu. Jika anda alegik dengan smsmsmsmsms raya, sila tekan butang pangkah kecil diatas sebelah kiri anda. 

Hantaran raya , ececeh
Baiklah, sebenarnya saya dah send mesej raya yang seperti inilah mukanya:

Salam Muallimah (semua saya panggil Muallimah, sebab tersilap edit. pffttt).
                        
                    Eidil fitri mubarak. Kullu 'am wa antum bilkhair. 
                    Taqabbalallahuminkum. ~[nama Ncik DaeiSS dan 2 adiknya]

sumber

Dulang balas

Dan inilah dulang balasnya, saya send bukan nak tunggu ni. Kecuali dari seorang tu. Ncikgu lah. Sebab saya sukasukasuka tengok bagaimana pemikiran melalui tulisan.

Jeng jeng jeng (penghantar: mesej)

Ncikgu Bahasa Arab 
Assalamualaikum J andai di dunia yang sementara ini diriku tersalah kata, tersilap perbuata, terlepas pandang, janji tak tertunai, ku susun sepuluh jari mohon ampun kemaafan dari hati yang ikhlas sempena hari mulia lagi berkat, dari manusia yang tidak sempurna ini.. Salam hari raya aidilfitri maaf zahir batinsemoga ikatan ukhwah kita diredai Allah sampai syurga, insya-ALLAH.

Ncikgu Bahasa Arab Feqah Kuiz dan yang seangkatan dengannya
kullu 'am wa antunna bilkhair
3 atau 4 kali saya dapat mesej ni! Telefon bimbit kena jangkitan kot.

Kawan. eh atau Ummi dia. Sebab Ummi dia dulu Ncikgu saya. ntah!
Salam lebaran juga ya [Ncik DaeiSuperSaiya].. Maap zahir batin..Zero2 keyh :)

Ncikgu Bahasa Arab saya TIGA tahun berturut-turut
Waalaikumussalam, minna waminkum taqabbal ya karim, salam idil fitri dari mawardi, noor huda, muhammad arrusyaidi dan nur rusydina alinsyirah.
Wah! Arab!

Kawan saya
Kata al-Ghazali : yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati,yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin., dari [nama dia]
Wah, saya pon baru jumpa kuot (baca: quote) yang ini.

Oh, sudahlah... ada lagi beberapa... stamina menulis saya memang sikit dan saya nampak anda hampir pejam celik kelip kelip sebelah tangan pegang mata. Peluh saiz L nak menyiapkannya.

Maka

Inilah mesej yang saya kata awal-awal tadi :

Samalah.. Cikgu pun mohon maaf kalau dalam leteran ada yang tersinggung. Maklumlah Cikgu yang banyak cakap. Betul tu, raya cuma sehari. Esok kita dah boleh berpuasa. Dalam seronok beraya jangan lupa exam juga ....

Tattara 

Kalau nak ikut kan. Sekali pun Cikgu saya ni tak pernah berleter dekat saya. Betul. Tapi tengok, bagaimana seorang guru berfikir, tanpa ego. Sudi mengaku kesilapan yang dia rasa dia silap, walaupun tak silap. Dan sebenarnya, eh, FITRAH CIKGU-CIKGU MEMANG BEGITU. 

Dan pesan examnya... wah, terharu saya. Saya hanyalah ibarat budak tepi jalan dari Ghana ikut pak cik belah mak punya ipar yang hanya ada kemahiran buat soya (macam ayat Hlovate. Pinjam Akak. *blush2*) yang merantau ke sekolah itu, dan beliau serta Cikgu-cikgu (bukan Ncikgu ke tadi?) yang lain, melayan saya dengan satu layanan yang buat-semua-rasa-nak-nangis.

sumber

sumber

Terima kasih! Saayang Cikgu.

Tengok gambar-gambar blog saya dekat atas yang gerak-gerak tu.

Kita ialah Daei Super Saiya, ada pengajaran dalam setiap perkara. Whoaa!

0 cakap-cakap belakang:

Post a Comment