KAPAL (bukan Karpal. Post ini tentang K.A.P.A.L. sungguh.)
Pernah tengok kapal?
Kawalan terhadap berapa dalam tenggelamnya kapal, sebenarnya mengaplikasikan PRINSIP ARCHIMEDES. Erm. Betulkan kerusi.
Dan semasa menolak sampan anda, daya tujah mukanya macam ni :
Anda berat! Jadi jumlah daya tujah yang anda dapat lebih sedikit, anda dah tolak dia banyak. Dah, diet cepat!
OK, kembali kepada kapal.
a) Kapal boleh terapung dengan memastikan bahawa dia menyesarkan (menggantikan) jumlah berat air yang sama dengan beratnya sendiri. Jadi, dia statik. Tak delah sekejap tenggelam, sekejap timbul. Dan, dia perlu tetapkan berapa berat dia. supaya dia tak tenggelam. Dan perlu juga tengok berapa tumpat air di sekeliling dia. Eh. Yelah, mestilah beza kalau ayah anda campak sampan anda ke laut, dengan beliau mencampakkan anda ke kolam dadih berperisa oren. Ok, imaginasi.
Jadi, sebagai persiapan awal untuk tentukan berapa berat sampan anda boleh tampung ketika dia mencampakkan anda ke laut, ayah anda telah meletakkan GARIS PLIMSOLL (PLEAse-M-SOld-LL) di tepi sampan anda, macam ni :
Inilah bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Wahahha. Sebab, dia memerhatikan anda dari jauh. Kalau dia campak anda sahaja, sampan akan tenggelam sampai paras air laut tunjuk satu takuk dari bawah garisan Plimsoll. Wah, beratnya kamu!
Dan kalau beliau campak peti ais, ais krim dan krim kacang hazel, sampan anda akan turun lagi. Jadi, paras air laut ialah dua takuk dari bawah garisan Plimsoll. Ok. Kalau tak nak ais krim dan krim kacang hazel, sila bagi saya.
b) Kapal laut akan tenggelam sampailah berat dia sama dengan daya tujah ke atas. Macam diterangkan di atas, bila daya tujah ke atas dah sama dengan berat, sampan akan statik. Tak percaya? Apabila ayah anda mencampakkan peti ais,saya dah minta ais krim dan krim kacang hazel daripada beliau, ke dalam sampan anda, adakah sampan tu terus tenggelam satu lagi takuk dalam sekelip mata? Mesti lah tak. Dia akan ansur-ansur tenggelam sampailah... jumlah berat dia sama dengan daya tujah ke atas.
Tengok, satu lagi bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Beliau tinggalkan anda atas sampan, dengan peti ais! Tiadalah anda kebuluran... Dan, saya pasti... mesti ibu anda yang minta ayah anda buat macam tu. Waah.
Jadi, anda kena ingat, ibu dan ayah kita ialah asal kejadian kita. Jadi berbuat baik kepada ibu bapa ialah 'fitrah kita'. Cuba renung-renungkan :
SEKIAN. Teice_i @ http://www.daeisupersaiya.blogspot.com
Pernah tengok kapal?
| Sumber |
Prinsip Archimedes (ARnab-CIncin-MErah-DESa)
Prinsip ini menyatakan bahawa objek yang sebahagian atau sepenuhnya direndamkan dalam bendalir (gas & cecair) ditindakkan oleh daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir tersesar. Huh. Kecil bibir menulisnya.
Maksudnya?
:D Daya tujah ke atas ialah daya yang menolaknya ke atas.
:D Berat bendalir tersesar ialah berat air yang digantikan. Kan kita faham yang kalau kita terjun dalam besen, ok cerita kanak-kanak, ada air besen yang akan melimpah. Woohooo. Sebenarnya, cuba timbang air yang melimpah tu. Kemudian, timbang berat bahagian badan kamu yang terendam dalam besen tu. Ok, saya pun tak tahu canggana nak buat. Tapi, lepas ni, bolehlah kira penyusutan berat saiz lengan semasa Ramadhan dan ketika raya! Eh. Jadi dalam hal mandi besen ni, berat air tersasar ialah berat air yang melimpah tu.
Dan, daya tujah dalam hal mandi besen ni ialah kosong. Sebab? Kalau ada daya tujah, mestilah korang terapung-apung dalam besen tu. Eh. Macam kapal terapung di laut.
Sebenarnya?
Pak Cik Archimedes nak cakap macam ni : Bila sekeliling objek tu ialah gas atau cecair, maka kedudukan dia sama ada terapung ke, statik ke, tenggelam ke, ditentukan oleh berat objek tu.
Sebab, berat objek tu mempengaruhi daya tujah (daya push push ke atas).
Tak percaya? Cuba bayangkan, anda dan adik anda (yang mestilah lebih ringan) duduk dalam sampan yang berbeza. Ayah anda kemudiannya mencampakkan anda dan adik comel anda, eh, ke dalam laut. Teng, teng, teng, sampan siapakah lebih ke dalam tenggelamnya? Ha! Pasti anda!
Sebab, daya tujah yang sama akan menolak sampan anda dan adik anda. Cuma bezanya, semasa menolak sampan adik anda, daya tujah hanya perlu buat macam ni :
| Sumber |
Dan semasa menolak sampan anda, daya tujah mukanya macam ni :
| Sumber |
OK, kembali kepada kapal.
a) Kapal boleh terapung dengan memastikan bahawa dia menyesarkan (menggantikan) jumlah berat air yang sama dengan beratnya sendiri. Jadi, dia statik. Tak delah sekejap tenggelam, sekejap timbul. Dan, dia perlu tetapkan berapa berat dia. supaya dia tak tenggelam. Dan perlu juga tengok berapa tumpat air di sekeliling dia. Eh. Yelah, mestilah beza kalau ayah anda campak sampan anda ke laut, dengan beliau mencampakkan anda ke kolam dadih berperisa oren. Ok, imaginasi.
Jadi, sebagai persiapan awal untuk tentukan berapa berat sampan anda boleh tampung ketika dia mencampakkan anda ke laut, ayah anda telah meletakkan GARIS PLIMSOLL (PLEAse-M-SOld-LL) di tepi sampan anda, macam ni :
| Sumber |
Inilah bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Wahahha. Sebab, dia memerhatikan anda dari jauh. Kalau dia campak anda sahaja, sampan akan tenggelam sampai paras air laut tunjuk satu takuk dari bawah garisan Plimsoll. Wah, beratnya kamu!
Dan kalau beliau campak peti ais, ais krim dan krim kacang hazel, sampan anda akan turun lagi. Jadi, paras air laut ialah dua takuk dari bawah garisan Plimsoll. Ok. Kalau tak nak ais krim dan krim kacang hazel, sila bagi saya.
b) Kapal laut akan tenggelam sampailah berat dia sama dengan daya tujah ke atas. Macam diterangkan di atas, bila daya tujah ke atas dah sama dengan berat, sampan akan statik. Tak percaya? Apabila ayah anda mencampakkan peti ais,
Tengok, satu lagi bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Beliau tinggalkan anda atas sampan, dengan peti ais! Tiadalah anda kebuluran... Dan, saya pasti... mesti ibu anda yang minta ayah anda buat macam tu. Waah.
Jadi, anda kena ingat, ibu dan ayah kita ialah asal kejadian kita. Jadi berbuat baik kepada ibu bapa ialah 'fitrah kita'. Cuba renung-renungkan :
| sumber |
| sumber |
SEKIAN. Teice_i @ http://www.daeisupersaiya.blogspot.com
p/s: tengok! Dakwah sangat relevan untuk setiap saat dan ketika. Wahahaha.
Sila share post ini di muka buku, pengicau, belog atau dinding kelas anda.Ilmu, bukan sendirian berhad. Wakakaka.
Sila share post ini di muka buku, pengicau, belog atau dinding kelas anda.Ilmu, bukan sendirian berhad. Wakakaka.
2 cakap-cakap belakang:
haha.. tapi ayah saya lagi sayang kat saya.. (dia x pernah campak saya kt dlm laut..) hahha
erm.. semua paham.. kecuali plimsol.. ape ke bede alahnya itu??
da satu lagi, pengicau dan pencicip.. samakah>>??
plimsol ni nama garisan yang telah diseragamkan satu dunia. Ibarat letak pembari tepi kapal. Tapi, senggat dia mungin tak sama skala. Sebab, dia ukur based on dekat laut mana. Cth: Untuk selamat kalau belayar di laut china selatan, maximum kapal boleh bawa muatan ialah sampai plimsol line tu tenggelam 2 meter sahaja. Kalau bahagian yg tenggelam lebih dari 2 meter, maka kapal tu kategori tak selamat.
Fuh, tarik nafas. pengicau dan pencicip tak sama tapi serupa. Eh.
Post a Comment