31 August 2012

Ketika saya mula-mula bersemangat untuk menulis atau bahasa mudahnya ada belog sendiri ialah selepas membaca buku Ustaz Zahazan, Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari!


sumber
Dalam buku itu, Ustaz Zaharuddin memberi pandangan bahawa mungkin antara asbab (faktor) beliau dapat mencapai beberapa kejayaan yang superb - antaranya mendapat tempat terbaik mengatasi pelajar Arab semasa pengajian Sarjana di Jordan- ialah: Beliau menyebarkan ilmunya di belog! 

Jangan tak tahu, belog Ustaz ada dua :

http://www.zaharuddin.net/  dan blog yang agak veteran: http://zaharuddin.blogspot.com/ 

serta belog isterinya :  http://ummuhusna99.blogspot.com/ 

Dari situlah, saya jadi BERSEMANGAT untuk menulis dan berkongsi, walaupun cerita kapal peti ais sahaja. Sebenarnya, saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi penulis, yaayayya, beridentiti sendiri tanpa dikenali. Saya cukup selesa dengan prinsip Angel Pakai Gucci  :  Biar tak Popular di dunia asal terkenal di langit tujuh petala!

Dan juga kak Hlovate :

Oh ya pasal Kak Hlovate. Ada kawan saya mengaku yang Hlovate tu sedaranya. What? Ambil Medic. What?-------statement denied--------- Tak pelah, saya menimbulkan persoalan-persoalan sendiri. Flying kick ke perut bear kuning tepi dinding. Haish, pelik pelik.


dan masih lagi tak nampak relevan kenapa anonymity and 'siapakah hlovate'
is an issue
issue ke?
haha.taper la.anonymity gives it more spice,ey [sheesh...sejak bila bulak dh bunyi mcm nicholas sparks ni]
i dunno la mana dtg nyer menda 3rd yr medic tu.
haha.terguling jatuh katil pun ada dibuatnya
taper la.kot jadi doa,another pengajian to come ke
for all you know,my overseas could be singapore/sabah/sarawak
haha
and my studies...
pengajian buat karipap and air soya valid ke?
i doesnt matter,kan?

petik dari sini : http://hlovatulis.blogdrive.com/
sumber


HUh! ntah pape. Biarlah tak boleh pula. Ikut Kak Hlovate guling2 jelah.

Dan ini ialah, kalau Kak Hlovate kata dia ialah storyteller, maka saya ni bertaraf pengguna setia pen semata-mata. Apa-apa jelah. As long as the message is sent!

By The Way my name is Teice_i, Yay, the same person and still the budak one. Leave reply here: teice_i@yahoo.com
How I view the world: http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel/353-his-story-teice.html?showall=1 

kan, Along


sumber


26 August 2012


Amaran: Post ini sebagai penghargaan buat yang menghantar petikan-petikan (baca:quote-quote) awesome sempena raya yang sehari itu. Jika anda alegik dengan smsmsmsmsms raya, sila tekan butang pangkah kecil diatas sebelah kiri anda. 

Hantaran raya , ececeh
Baiklah, sebenarnya saya dah send mesej raya yang seperti inilah mukanya:

Salam Muallimah (semua saya panggil Muallimah, sebab tersilap edit. pffttt).
                        
                    Eidil fitri mubarak. Kullu 'am wa antum bilkhair. 
                    Taqabbalallahuminkum. ~[nama Ncik DaeiSS dan 2 adiknya]

sumber

Dulang balas

Dan inilah dulang balasnya, saya send bukan nak tunggu ni. Kecuali dari seorang tu. Ncikgu lah. Sebab saya sukasukasuka tengok bagaimana pemikiran melalui tulisan.

Jeng jeng jeng (penghantar: mesej)

Ncikgu Bahasa Arab 
Assalamualaikum J andai di dunia yang sementara ini diriku tersalah kata, tersilap perbuata, terlepas pandang, janji tak tertunai, ku susun sepuluh jari mohon ampun kemaafan dari hati yang ikhlas sempena hari mulia lagi berkat, dari manusia yang tidak sempurna ini.. Salam hari raya aidilfitri maaf zahir batinsemoga ikatan ukhwah kita diredai Allah sampai syurga, insya-ALLAH.

Ncikgu Bahasa Arab Feqah Kuiz dan yang seangkatan dengannya
kullu 'am wa antunna bilkhair
3 atau 4 kali saya dapat mesej ni! Telefon bimbit kena jangkitan kot.

Kawan. eh atau Ummi dia. Sebab Ummi dia dulu Ncikgu saya. ntah!
Salam lebaran juga ya [Ncik DaeiSuperSaiya].. Maap zahir batin..Zero2 keyh :)

Ncikgu Bahasa Arab saya TIGA tahun berturut-turut
Waalaikumussalam, minna waminkum taqabbal ya karim, salam idil fitri dari mawardi, noor huda, muhammad arrusyaidi dan nur rusydina alinsyirah.
Wah! Arab!

Kawan saya
Kata al-Ghazali : yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati,yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh, yang indah itu saling memaafkan. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin., dari [nama dia]
Wah, saya pon baru jumpa kuot (baca: quote) yang ini.

Oh, sudahlah... ada lagi beberapa... stamina menulis saya memang sikit dan saya nampak anda hampir pejam celik kelip kelip sebelah tangan pegang mata. Peluh saiz L nak menyiapkannya.

Maka

Inilah mesej yang saya kata awal-awal tadi :

Samalah.. Cikgu pun mohon maaf kalau dalam leteran ada yang tersinggung. Maklumlah Cikgu yang banyak cakap. Betul tu, raya cuma sehari. Esok kita dah boleh berpuasa. Dalam seronok beraya jangan lupa exam juga ....

Tattara 

Kalau nak ikut kan. Sekali pun Cikgu saya ni tak pernah berleter dekat saya. Betul. Tapi tengok, bagaimana seorang guru berfikir, tanpa ego. Sudi mengaku kesilapan yang dia rasa dia silap, walaupun tak silap. Dan sebenarnya, eh, FITRAH CIKGU-CIKGU MEMANG BEGITU. 

Dan pesan examnya... wah, terharu saya. Saya hanyalah ibarat budak tepi jalan dari Ghana ikut pak cik belah mak punya ipar yang hanya ada kemahiran buat soya (macam ayat Hlovate. Pinjam Akak. *blush2*) yang merantau ke sekolah itu, dan beliau serta Cikgu-cikgu (bukan Ncikgu ke tadi?) yang lain, melayan saya dengan satu layanan yang buat-semua-rasa-nak-nangis.

sumber

sumber

Terima kasih! Saayang Cikgu.

Tengok gambar-gambar blog saya dekat atas yang gerak-gerak tu.

Kita ialah Daei Super Saiya, ada pengajaran dalam setiap perkara. Whoaa!

25 August 2012

KAPAL (bukan Karpal. Post ini tentang K.A.P.A.L. sungguh.)

Pernah tengok kapal? 

Sumber
Kawalan terhadap berapa dalam tenggelamnya kapal, sebenarnya mengaplikasikan PRINSIP ARCHIMEDES. Erm. Betulkan kerusi. 

Prinsip Archimedes (ARnab-CIncin-MErah-DESa)
Prinsip ini menyatakan bahawa objek yang sebahagian atau sepenuhnya direndamkan dalam bendalir (gas & cecair) ditindakkan oleh daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir tersesar. Huh. Kecil bibir menulisnya.

Maksudnya? 

:D Daya tujah ke atas ialah daya yang menolaknya ke atas.
:D Berat bendalir tersesar ialah berat air yang digantikan. Kan kita faham yang kalau kita terjun dalam besen, ok cerita kanak-kanak, ada air besen yang akan melimpah. Woohooo. Sebenarnya, cuba timbang air yang melimpah tu. Kemudian, timbang berat bahagian badan kamu yang terendam dalam besen tu. Ok, saya pun tak tahu canggana nak buat. Tapi, lepas ni, bolehlah kira penyusutan berat saiz lengan semasa Ramadhan dan ketika raya! Eh. Jadi dalam hal mandi besen ni, berat air tersasar ialah berat air yang melimpah tu.

Dan, daya tujah dalam hal mandi besen ni ialah kosong. Sebab? Kalau ada daya tujah, mestilah korang terapung-apung dalam besen tu. Eh. Macam kapal terapung di laut.

Sebenarnya?

Pak Cik Archimedes nak cakap macam ni : Bila sekeliling objek tu ialah gas atau cecair, maka kedudukan dia sama ada terapung ke, statik ke, tenggelam ke, ditentukan oleh berat objek tu. 
Sebab, berat objek tu mempengaruhi daya tujah (daya push push ke atas). 
Tak percaya? Cuba bayangkan, anda dan adik anda (yang mestilah lebih ringan) duduk dalam sampan yang berbeza. Ayah anda kemudiannya mencampakkan anda dan adik comel anda, eh, ke dalam laut. Teng, teng, teng, sampan siapakah lebih ke dalam tenggelamnya? Ha! Pasti anda! 

Sebab, daya tujah yang sama akan menolak sampan anda dan adik anda. Cuma bezanya, semasa menolak sampan adik anda, daya tujah hanya perlu buat macam ni :  
Sumber

Dan semasa menolak sampan anda, daya tujah mukanya macam ni : 
Sumber
Anda berat! Jadi jumlah daya tujah yang anda dapat lebih sedikit, anda dah tolak dia banyak. Dah, diet cepat!

OK, kembali kepada kapal.

 a) Kapal boleh terapung dengan memastikan bahawa dia menyesarkan (menggantikan) jumlah berat air yang sama dengan beratnya sendiri. Jadi, dia statik. Tak delah sekejap tenggelam, sekejap timbul. Dan, dia perlu tetapkan berapa berat dia. supaya dia tak tenggelam. Dan perlu juga tengok berapa tumpat air di sekeliling dia. Eh. Yelah, mestilah beza kalau ayah anda campak sampan anda ke laut, dengan beliau  mencampakkan anda ke kolam dadih berperisa oren. Ok, imaginasi.

     Jadi, sebagai persiapan awal untuk tentukan berapa berat sampan anda boleh tampung ketika dia mencampakkan anda ke laut, ayah anda telah meletakkan GARIS PLIMSOLL (PLEAse-M-SOld-LL) di tepi sampan anda, macam ni :

Sumber

     Inilah bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Wahahha. Sebab, dia memerhatikan anda dari  jauh. Kalau dia campak anda sahaja, sampan akan tenggelam sampai paras air laut tunjuk satu takuk dari bawah garisan Plimsoll. Wah, beratnya kamu! 

Dan kalau beliau campak peti ais, ais krim dan krim kacang hazel, sampan anda akan turun lagi. Jadi, paras air laut ialah dua takuk dari bawah garisan Plimsoll. Ok. Kalau tak nak ais krim dan krim kacang hazel, sila bagi saya.

b) Kapal laut akan tenggelam sampailah berat dia sama dengan daya tujah ke atas. Macam diterangkan di atas, bila daya tujah ke atas dah sama dengan berat, sampan akan statik. Tak percaya? Apabila ayah anda mencampakkan peti ais, saya dah minta ais krim dan krim kacang hazel daripada beliau, ke dalam sampan anda, adakah sampan tu terus tenggelam satu lagi takuk dalam sekelip mata? Mesti lah tak. Dia  akan ansur-ansur tenggelam sampailah... jumlah berat dia sama dengan daya tujah ke atas.

Tengok, satu lagi bukti bahawa ayah anda sangat sayangkan anda. Beliau tinggalkan anda atas sampan, dengan peti ais! Tiadalah anda kebuluran... Dan, saya pasti... mesti ibu anda yang minta ayah anda buat macam tu. Waah.

Jadi, anda kena ingat, ibu dan ayah kita ialah asal kejadian kita. Jadi berbuat baik kepada ibu bapa ialah 'fitrah kita'. Cuba renung-renungkan :

sumber

sumber

SEKIAN. Teice_i @ http://www.daeisupersaiya.blogspot.com

p/s: tengok! Dakwah sangat relevan untuk setiap saat dan ketika. Wahahaha.
Sila share post ini di muka buku, pengicau, belog atau dinding kelas anda.Ilmu, bukan sendirian berhad. Wakakaka.

17 August 2012

Ya, saya tahu, berapa ramai daei yang cukup terseksa. Terseksa pada jiwa dan rasa, sebab memikirkan hal-hal orang lain. Maka untuk anda, yang saya kenal atau tidak, secangkir cay (teh) tanda ukhwah di jalan ini. *softtalk*

kredit

    
Sedang menghadam
 Kalian selalu berfikir untuk mencari damai buat alam ini. Maka sesekali, carilah damai untuk diri kalian. Ambillah sedikit masa dari masa-masa yang sentiasa padat, untuk mengisi jiwa kita yang kadang-kadang 'kosong' tanpa sedar.



Ncikgu saya, ketika saya kata padanya, "Ncikgu, saya.... penat..." Maka Ncikgu pun menjawab, "Rehatlah... Rehat ni ada dua. Ada orang yang rehat lama....Tak bangun-bangun lagi... Dan ada orang yang rehat sekejap, untuk reenergize balik. Rehatlah macam orang kedua tu... ." 

Oh. Ncikgu ini telah membangunkan saya, dari satu rehat yang panjang... . Maka, anda pon sama! Duduk, secangkir teh, dan UUUp!. Hidup satu perjalanan, bukan masa malas untuk rehat rehat dan rehat. 

 “Belum kah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingat Allah dan (tunduk) kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya yang telah diturunkan Al Kitab, kemudian berlalu lah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” 
(Alhadid-16).




DOA SAYA UNTUK KALIAN

Ya Allah, milikilah seluruh hati mereka... Allah, jadikanlah mereka dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang redha dan Diredhai...



Dan Cay penawar:




Daei Super Saiya

p/s: Inche Gabbana memberi inspirasi untuk menulis buku. Saya.... ntah bila akan siap benda ni : http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel/353-his-story-teice.html


16 August 2012

Apa perasaan anda semua, jika hari-hari makan nasi macam ni:



                                                     Adakah begini?


Cerita ini terkeluar dari fikiran saya, selepas ia dicuci dengan klorox. Saya teringat Ncikgu saya kata, "Examlah waktu Ncikgu paling suka. Dan waktu Ncikgu paling tak sabar-sabar ialah waktu nak tengok result. Yelah, baru kita tahu kat mana prestasi kita." Penuh semangat. Ncikgu memang bersemangat, OHHO!

Erk.

Ya, saya pun tergamam dan menjawab, "Saya pun suka exam, tapi kalau kertas (baca: paper) yang saya sukalah." 

Eh, samalah kita.

Maka Ncikgu pun bercerita tentang anaknya yang suka sangat subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, huh, panjang. Dulu waktu sekolah rendah dia suka subjek Kajian Tempatan, maka terbawa hingga ke sekolah menengah. Tapi bukan subjek Geografi (baca:geo), subjek KHB. Dan, anaknya Ncikgu itu, selalu, bukan, sentiasa dapat A. A yang betul-betul A.

Ok, itu boleh terima. So?

Maka, keluarlah analogi nasi kosong kosong kosong. Ncikgu pun nasihat pada anak Ncikgu itu, "Tak salah untuk minat sahaja satu benda. Tapi, hidup kita ni sebenarnya perlukan banyak benda. Itu fitrah kita. Macam makan nasi lah, cuba kalau hari-hari makan nasi kosong, apa kita rasa? Mestilah JIWA KITA nak ada lauk ni sikit, lauk tu sikit."

Ohm.

"Ha! Macam tu jugak dengan subjek-subjek di sekolah. Sebenarnya, JIWA KITA memerlukan mereka. Tapi kita menafikan (baca:deny). "

Alamak. Berpeluh-peluh saya dengar. 

Dan kesimpulannya : kita perlukan semua benda-benda baik itu. Hidup ialah SATU PERLUMBAAN, dan Allah ingin menguji siapa yang paling baik antara kita.

“Maha suci Allah yang di tanganNya segala pemerintahan dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu perkara. Dialah yang menjadikan kematian dan juga kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu semua yang lebih baik amalannya. Dialah yang maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah al-Mulk: 1-2).

Ha, tengok tu, tengok tu. 
Kalau anda kata macam ni : "Tak pelah, aku kalah, biar orang lain menang, aku memang b*d*h."  Maka taraf kata-kata anda tu, hampir sama macam ni : "Tak pelah aku masuk neraka. Aku ni memang jahat." 

Allah dah offer hidup ni untuk kita, jadi grab the offerlah! Ingat pesan Allah : 


Dush! Rasakan kameha meha>>>>>>>>>>>



Nak sambung lagi : And if your hands can't work for Allah, How can them work for you?






Daei Super Saiya

p/s: saya pun rasa penangan kameha meha Ncikgu. Jadi, jangan sesekali letak misi nasi capub. OK!

12 August 2012

Baru sahaja pulang dari UiTM Puncak Alam. Bukan sahaja dapat belajar Bahasa Ekslusif Sorga, tapi dapat belajar tentang manusia juga. Siapa manusianya?


Sayalah.

Pelik. Dan kool-iah menjadi kool sebab saya dapat menambah ilmu tentang manusia. Ceritanya begini. Saya dimaklumkan bahawa bas akan mula bertolak jam lapan. Maka, saya ssseeettt (nak tunjuk betapa bersemangatnya) target untuk sampai setengah jam lebih awal.

Tujuh dua puluh pagi.

Dan panggilan pertama masuk untuk hari itu. "Anti di mana? Pergi tak?"

Maka menjadilah saya lebih terkejut daripada beruk. Saya baru keluar rumah, dan kekonon bakal menjadi manusia yang terawal tetapi bedebuk! Saya jadi yang paling lewat. "Bas dah sampai tunggu anti." Memandangkan saya mengajar orang untuk menjadi kool, maka perlulah bagi saya untuk mengkoolkan diri. "Sekejap Ustazah, saya dalam perjalanan." (Dalam hati: perjalanan ke kereta. Yalah, nak mengkoolkan orang lain)

Lepas saya bersalam dengan Ibu, terus ke bas. Yay! Sempat, memanglah orang tunggu! Maka bermulalah episod tunggu menunggu di dalam bas itu. Lagu yang ntah apa-apa. Diskleimer: saya memang muak dengar lagu bla bla bla seperti itu. Dan tiba-tiba, eh! Saya pun tak ingat macam mana saya boleh teringat yang saya tertinggal bekas pensel dalam kereta. Ohhohohohoho. Eh, subhanallah!

Oh, Ok, kool. Kool. Pencil box je. "Anti, ada pen lebih tak? Pinjam sebatang?" Tanya saya pada orang sebelah. "Ada, nah." Ohhoo, terima kasih terima kasih. setel! Maka sekali lagi, berlalulah beberapa ketika...

"[Ncik Super Saiya] ! [Ncik Super Saiya]! Ya, ya. Kenapa? Ibu telefon, memaklumkan ketertinggalan pencil box saya. Wah ! Terharu kecil. Saya beritahu Ibu, "Tak pe Ibu, tak pe. Terima kasih." 

Maka buat kali ke... errr... tiga, Allah! Duit pendaftaran dalam pencil box. Maka waktu itu pencil box itu seolah-olah meletakkan bom jangka dengan teknologi atom dalam kepala saya. Apa nak buat ni?

Saya katakan pada diri saya, tawakkal sahaja pada Allah. Dah usaha untuk letak duit dalam pencil box supaya tak lupa. Tup tap tup tap! Betullah, saya tak lupa. Kan saya ingat tu, saya tertinggal pencil box. Pendekkan ceritanya, kool-iah berakhir dengan gemilang meletop plus plus. Dan saya... kena bank-in duit dekat pihak pengurusan. Fulsetop.

IBRAHNYA: 

Betapa kita merancang, Allah juga yang menentukan. Lihat manusia, a.k.a. diri saya, ingatkan kita berada pada keadaan yang betul, tepat, siap dengan segala ssseettt nya. Tapi, tengok. Rupa-rupanya kita yang tertinggal di belakang, belakang sakali pulak tu. Haish.

Jadi sebenarnya, hidup itu sendiri satu risiko. Yang membolehkan kita memerhati dan menilai keadaan diri kita sekarang hanyalah Allah. Yang perlu ditakuti: 

 Dalam Surah az-Zukhruf, ayat 36 Tuhan menceritakan: 
“Dan barangsiapa berpaling dari mengingati ar-Rahman nescaya Kami tentukan baginya syaitan, maka jadilah ia (syaitan itu) teman yang tidak terpisah darinya (manusia). Dan mereka (syaitan) menghalang mereka (manusia) dari jalan (yang lurus) sedang mereka (manusia) menyangka mereka terpimpin”.


Kan? Eeiii, seram. Jadi, macam mana kita nak tahu kita ni benar atau tidak?

Itulah peranan ilmu dan hidayah yang sebenarnya selalu menekan loceng hati kita. Ting-tong. Ha! Tu! Dan kita kena selalu harap pertolongan Allah, untuk tunjukkan kita kebenaran dan kebatilan kerana: 

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: 

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya..."



Maka, selalulah baca doa ini. Hoi, ini siyes ni :


اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه و أرنا الباطل باطلا
و ارزقنا اجتنابه و لا تجعله ملتبسا علينا فنضل و اجعلنا للمتقين إماما
Ya Allah perlihatkanlah kepada kami yang benar itu adalah benar, lalu bimbinglah kami untuk mengikutinya, dan perlihatkanlah kepada kami yang salah ltu adalah salah, dan kemudian bimbinglah kami untuk menghindarinya. Janganlah dijadikan yang benar dan salah itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang takwa.

(HR Bukhari dan Muslim)


Sekian.

Ncik Daei Super Saiya.

10 August 2012

Ada DUA kaedah  

KAEDAH PERTAMA

1. Mestilah baca Bismillah dulu, baru kool.

2. Emailkan : ke muridguru@gmail.com

  •   Nama buku :
  •   Jumlah         :
3. Tunggu respon dari Ncik Daei Super Saiya. Insya-Allah, paling-paling koman, 36 jam.


KAEDAH KE-2

1. Ulangi step pertama di atas, baca Bismillah.

2.  Masuk ke sini :  bukugaleriilmu.iqramall.com

3. Buat pembelian seperti biasa :  Pilih buku, checkout, dan siap!

Ada pertanyaan? muridguru@gmail.com



28 July 2012

Blog-blog yang osem. Akan membuatkan anda menggoreng perasaan dengan rempah ratus yang dijual lelong di pasar kehidupan.


Erk!


Ok, inilah dia. blog-blog "terchenta" <---Inche Gabbana bin Inche Papa yang ajar.


Awas! Tidak mengikut senarai. Habis ikut apa? Ikut suka hati laa, wallla!


Ceh!

Ustazah Noor Huda


Dr Zaharuddin Abdul Rahman


Inche Gabbana  @ angelwearsgucci

Saya Benar-benar Takut...

Jika satu masa, saya tiba-tiba lupa,
Bahawa hidup satu perjalanan,
Dengan arah dan tujuan,
Mencari Redha Tuhan,
Maka jangan jentik saya,
Jangan lempang saya,
Jangan flying kick saya.

Tapi ambillah tukul besi 10 kilo,
Dan ketuk pintu hati saya,
HOI Bro! Jangan Tido! Mu... Blink-blink Sorga!

Saya risau kerana mengejar A+ berjela,
Saya menjala dosa,
Sedangkan semua ini saya buat untuk-Nya,
Tapi takut,
Benar-benar takut jika terlupa.

Teice_i
OH diri, tiada ketakutan melainkan pada Allah.




23 June 2012

Perhatian : Teice_i bukanlah mempromote mana-mana pihak. Teice_i cuma berkongsi dengan para pembaca. Semua maklumat ini bersumberkan majalah Asuh 179 Jun 2012. HAK CIPTA ialah milik penerbit majalah tercebut.Huhu,ya, yang dibeli untuk adik. Suka dia punya cerita syaitan.

ambil dari : orderbookonline.blogspot.com

Pengenalan
Pertandingan ini sempena ulang tahun ke-16 Asuh. Cerpen-cerpen yang dipilih a.k.a. terpilih akan disiarkan dalam tempoh sayembara (mestilah dapat honorarium) dan tercalon untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Tempoh pertandingan
Jun 2012 - Mei 2013

Format penulisan
1. Ikut tema
2. Ditaip kemas
3. Langkau sebaris (single spacing)
4. Tulisan: Times New Roman
5. Saiz: 12 poin
6. Kertas A4
7. Lebih kurang 700 patah perkataan

Penting : takut dah tengok asyik mintak rujuk iklan, tak nak baca yang bawah sekali. Tu yang letak sini tu.
Butiran dalam borang penyertaan (tengok iklan) perlu dihantar sekali, termasuk perakuan tentang karya, sama ada ikut e-mel atau pos. Kaedah penghantaran, ada di iklan.

Tema
Rujuklah iklan yang dah discankan

Syarat penyertaan
Yang bestnya, terbuka kepada seluruh warga Malaysia kecuali warga kerja GISB(Galeri Ilmu Sdn Bhd-penerbit)

Yang lain-lain, baca di iklan jugak, ye.

Penghantaran karya
Rujuk Iklan
sayembara cerpen asuh
JADI, Selamat menulis! 
Teice_i